Saturday, August 13, 2011

a couple of days fasting at home

assalam .

jumaat, 12/8/2011

hari ni aku ada dua kelas . pukul 8-12 . lepas kelas, aku balik bilik, kemas barang lepas tu tunggu bas kat bus stop . ramai sangat student yang nak balik rumah hari ni termasuk aku . cuaca panas + bas ambil masa yang lama untuk sampai . tunggu punya tunggu, akhirnya bas pun sampai . berpusu2 student berlari menuju ke arah bas . dalam otak semua fikir rumah je . aku ingat masa sekolah dulu je kena kejar bas . sampai kat stesen bas, aku dengan kawan terus beli tiket pukul 1.30 . kitaorang nak cepat balik sebab nak berbuka dengan family .
sampai je kat rumah, aku nampak abangah tengah menghadap laptop . aku pun tanya kat dia "eh, x berbuka ke?" selalu time2 macam ni semua da duduk keliling menghadap makanan . abangah jawab "mak buka kat luar, ari ni ko buke sorang2 makan megi ,hahaha " . aku pun naik atas then call mak . betul la mak dengan adik buka kat luar . mak kata dia da lama janji dengan kawan dia, tak eloklah kalau cancel . nak bawa aku, kereta da penuh . mak da siap masak, mak masak ayam masak lemak dengan sambal sotong . along pun berbuka kat luar . so, aku berbuka dengan abangah .
jam da pukul 10 . abangah bawa kawan dia masuk rumah , aku pun naiklah atas . tengah dengar2 lagu tiba2 aku tertido . bila terjaga, aku dengar suara mak, adik dengan kawan mak aku kat bawah . aku bau durian . mak panggil makan tapi sebab aku ngantuk, aku tak turun . sahur, mak masak sambal sardin sebab lauk semalam da basi . abangah makan malam tu lepas tu dia lupa nak masukkan balik dalam peti ais.

sabtu, 13/8/2011

hari ni rutin aku download cerita heartstring je . mak keluar lagi hari ni . pergi shopping dengan kawan dia . buka pun kat luar . aku da kirim kasut everlast . huhuh . aku suruh adik aku pilihkan yang lawa . mak masak sup ikan merah dengan sambal udang . petang tadi masa aku dalam bilik mak, aku terbau asap . ada orang sembur racun nyamuk . aku menyirap betul sebab aku tak dengar annoucement pun . kelam kabut aku turun masukkan lauk dalam peti ais . lepas tu aku sambung tengok cerita korea . terdengar abangah panggil nama aku . dia kata "tadi cakap nk panaskn lauk?" aku pun jawab "nantila ble da nk dekat buke" . rupanya masa tu da pukul 7 . serius aku tak perasan . aku ingat baru pukul 6 . apa la kan . aku pun turun panaskan lauk and jerang air nak buat air teh .

*da macam diari pulak . ^^

No comments:

Post a Comment